Selamat pengantin baru
selamat berbahagia
selamat ke anak cucu
selamat bahagia....
Mendengar lagu ni teringat kenangan lama..Rasanya masih baru lagi bergelar pengantin baru..rupa-rupanya dah jadi pengantin lama..Selamat pengantin baru kepada pasangan yang baru mendirikan masjid.. Kini bermulalah lembaran baru dalam satu lagi fasa kehidupan.. Semoga hari-hari yang mendatang bisa membuatkan anda lebih bahagia..
Musim cuti sekolah ni ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga...maklum la, pada musim cuti macam ni la adik beradik, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dapat berkumpul bersama meraikan hari bahagia buat pasangan mempelai.. Pada musim cuti ni jugak la akak tak menang tangan dengan tempahan yang diterima. Produk paling popular yang ditempah ialah kek cawan, kek marble pecah lapan, bahulu dan coklat. Alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi.. Harap-harap semua customer gembira dan berpuas hati.. Ni akak share satu tempahan kek cawan untuk door gift tetamu.. 3 jenis kek cawan yang ditempah iaitu kek cawan pandan, oren dan coklat moist..Warna tema majlis purple & pink sebab tu kotaknya warna purple dan pink.. Dalam setiap kotak ada 2 biji kek cawan. Tak tido jugak la akak menyiapkan 800 kotak atau lebih kurang 1600 biji kek cawan ni sebab tempahan dibuat 3 hari sebelum majlis. Jangan dibuat lagi keroje serupa itu..pengsan akak..
Gambo pun tak sempat nak ambik yang cun-cun sikit, siap je kek ni, terus anto rumah pengantin..
Anyway, terima kasih banyak-banyak kepada Dr.Khairul Azwadi dan pasangannya Cikgu Mimi atas kesudian menempah kek cawan ni.. Selamat Pengantin Baru...
No comments:
Post a Comment