Sunday, 24 November 2013

RAINBOW CAKE - SEINDAH PELANGI

          Bangun aje pagi ni, Si Angah mula bertanya tentang kek hari jadinya.. La..dah besar rupanya anak mama, dah 12 tahun dah..Rasa macam cepatnya masa berlalu..Pejam celik pejam celik dah 12 tahun berlalu selepas kelahiran angah.. Atas permintaan Angah, yang inginkan Rainbow Cake, mama pun cuba la membuatnya.. Alhamdulillah menjadi jgk kek ni walaupun pertama kali membuatnya.. Apa lagi gembira sakan Angah melihat kek hari jadinya.. Selamat hari ulang tahun Sayang Angah, semoga menjadi anak yang soleh , cemerlang dunia dan akhirat..



RAINBOW CAKE

Bahan-bahan kek:-
280 gm tepung superfine *
1 sudu teh double action baking powder *
300 gm mentega ( akak guna buttercup dlm tin)
200 gm gula kastor
5 biji telur gred A (cuci dulu tau, jgn lupa..)
20 ml susu segar/cair
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh gliserin
pewarna - ungu, biru, hijau tua,oren,kuning,merah

Cara:-
1.  Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2.   Putar mentega dan gliserin hingga kembang dan gebu.
3.  Masukkan bahan ayak. Putar sekejap.
4.  Dalam bekas lain, putar telur, gula dan ovelette hingga kembang, gebu, berwarna putih dan likat pekat.
5.  Satukan bahan mentega dan adunan telur. Putar sebati tetapi jangan lama sangat untuk mengelakkan kek 
     drpd menjadi kering setelah masak.
6.  Masuk susu dan esen vanila. Gaul  rata.
7.  Bahagi adunan kepada 6 bahagian. Letak pewarna.
8.  Bakar setiap lapisan selama 15 minit pada suhu 170 darjah celsius. Guna loyang saiz 8, kalau loyang saiz      9 kena buat 1 1/2 adunan. Pastikan loyang dialas dan digris terlebih dahulu. Oven pun kena panaskan            dulu sebelum membakar kek.
9.  Sejukkan kek yg dh masak sebelum letak cream cheese.

Cream Cheese Frosting
370 gm Cream Cheese - suhu bilik
300 gm whipping cream - jenama Rich Gold
70 gm gula aising
1 sudu bsr jus lemon - ikut citarasa msg2, kalau nk letak lebih pun boleh..

- Putar cream cheese, gula dan jus lemon hingga lembut. Dalam bekas lain putar whipping cream hingga           kental. Satukan   cream cheese dan whipping cream yg telah diputar td. Gaul hingga sebati dan halus. 
- Ambil satu lapisan kek, letakkan cream cheese. Ratakan. Kemudian ambil satu lapisan lagi kek, ulangi           proses     yang sama hingga habis. Lepakan keseluruhan kek dengan cream cheese. Hias ikut kreativiti.
- Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong..







1 comment: