Sampai kat rumah mak mertua, kami dihidangkan dengan kek coklat oleh adik ipar..Mabeles sekali rasanya.. Kata adik ipar akak, kek ni namanya American Chocolate Cake..Apa lagi, korek-korek la resipinya kan.. Balik je ke rumah akak pun try la buat kek ni.. alhamdulillah jadik... Lima hari lepas ada pulak customer yang order kek ni untuk dijadikan hantaran..Kat bawah ni akak share gambonya.. masih amatur lagi bab deko mendeko nih..tapi tuan empunya kek kata ok, kira ok la tu kan.. Semalam customer yang sama menempah sebiji lagi kek ni untuk dijadikan buah tangan ke rumah saudaranya.. Terima kasih daun keladi...
AMERICAN CHOCOLATE CAKE
(resipi asal : Mak Teh Jila)
Bahan-bahan kek:-
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 cawan mentega
3@4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1/3 sudu teh nescafe (boleh tambah kalau nak lebih rasa kopi)
1 cawan air panas
Cara:-
1. Bancuh nescafe dan serbuk koko dengan air panas. Biarkan sejuk.
2. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan. Gris dan alas loyang. Panaskan oven pada suhu 180 selama 10 minit.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang atau berkrim.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul rata.
5. Masukkan bahan ayak. Pukul sekejap.
6. Masukkan bancuhan nescafe dan serbuk koko. Kacau rata.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas.Kalau nak buat 2 layer bakar dalam
loyang saiz 8, kalau nak 1 layer je, bakar dalam loyang saiz 9. Akak suka guna loyang saiz 9 sebab kek
jadi tak tebal sangat, nampak tak selekeh bila dah potong kalau dah letak coklat ganachenya..
8. Bakar pada suhu 170-180 darjah selama 35-40 minit atau sehingga kek masak.
Krim Coklat
Bahan:-
1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula (akak tambah sebab kalau ikut resipi asal krim coklat ni rasa pahit sikit)
1 cawan air panas
1/2 cawan tepung jagung
1/3 sudu teh nescafe
1 sudu teh mentega
1. Bancuh serbuk koko dan nescafe dengan air panas. Sejukkan.
2. Campurkan semua bahan lain bersama bancuhan nescafe dan serbuk koko tadi.
3. Masak secara double boil. Bila bancuhan dah sedikit pekat, angkat dan curahkan atas kek yang telah
disejukkan. Masukkan dalam peti ais sebelum dipotong.
............SELAMAT MENCUBA.............
No comments:
Post a Comment