KEK CAWAN COKLAT MOIST
Bahan2:-
2 cawan tepung gandum *
1 cawan serbuk koko *
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonat *
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air panas
Cara:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selama 10 minit.
2. Ayak bahan bertanda *. Ketepikan.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang. Gunakan high speed dalam 10 minit.
4. Masukkan susu pekat, pukul sekejap.
5. Masukkan minyak dan pukul guna low speed.
6. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
7. Masukkan air panas, kacau hingga rata dengan spatula atau senduk kayu.
8. Masukkan dalam paper cup hingga 3/4 penuh.
9. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga kek masak.
10. Sejukkan kek. Kek cawan ini akan jadi moist selepas beberapa jam. Kalau suka boleh buat deko.. kalau tak suka boleh dimakan begitu saja..
Cuba jangan tak cuba..kalau dah cuba jangan lupa bagitau akak sedap ke tak..
No comments:
Post a Comment