YUMMY... kecur air liur nengok kek yang gebus, mulus dan sedap nih...Nak membuatnya pun senang..tak payah nak baking-baking..jimat elektrik..maklum la tarif elektrik pun bakal naik kan...belajo belajo la berjimat..ecece...nasihat la konon...
Meh kita belek belek bahan-bahan untuk resipi ni..
Bahan-bahan untuk basenya:-
200 gm biskut oreo/tiger - dihancurkan
80 gm @ 3 sudu besar mentega
Lapisan cheese:-
200 gm whipping cream
250 gm cream cheese
130 gm gula kastor
15 gm gelatin halal
2 sudu besar jus lemon
Toppng:-
Jem blueberry
CARA:-
1. Untuk base, cairkan mentega, gaul dengan biskut yang telah dihancurkan.
2. Bila dah sebati masukkan dalam loyang spring foam atau sebarang loyang yang senang nak keluarkan kek bila dah siap nanti. Tekan biskut supaya padat. Masukkan dalam peti ais selama 30 minit atau 5 minit jika letak kat bahagian beku.
3. Pukul whipping cream dengan mixer sampai betul-betul gebu.
4. Masukkan gelatin ke dalam secawan air panas. Kacau sampai larut.
5. Dalam bekas lain pukul cream cheese sampai berkrim. Masukkan gula dan jus lemon. Pukul sebati dan gebu ( agak pekat sikit keadaannya)
6. Masukkan gelatin yang telah dilarutkan. Gaul sebati.
7. Campurkan whipping cream dan cream cheese tadi. Gaul dengan whisker.
8. Ambil loyang biskut yang disejukkan tadi, letakkan adunan whipping cream + cream cheese ke atas biskut.
9. Sejukkan 3 jam. Bila dah keras boleh la letakkan jem blueberry. Makan ketika sejuk, wallah!..sedap hingga menggigit loyang..kui kui kui...
No comments:
Post a Comment