Thursday, 18 September 2014

RED VELVET CHEESE MELELEH...Yang memang meleleh ayor mato membuatnya..




     Tara... cuba teka apa kebendanya dalam gambo di atas nih? Agak-agak apalah bende alah ni yer? Ni la rupanya sebahagian daripada 56 biji kek red velvet yang ditempah oleh sebuah sekolah sempena  sambutan hari lahir pelajar-pelajarnya di bawah Program Guru Penyayang.. penyayang sungguh cikgu-cikgu kat sekolah ni yer..
     Pada mulanya akak menolak tempahan ini memandangkan jumlahnya yang banyak dan masa yang suntuk ditambah pulak ruang dapur akak yang tak cukup untuk memuatkan 56 biji kek saiz 9. Lagipun akak bukannya ada pembantu, semua kena buat sorang-sorang, kang tak pasal-pasal nanges...
     Setelah diberi motivasi berunsurkan pujuk rayu cikgu Jai (Kaunselor Sekolah) akak pun terima tempahan ni dengan berat hati... Kepala serabut terfikirkan cara paling efektif untuk menyiapkan kek dan dekorasinya dalam tempoh 2 hari..
     Seperti yang dijangka, 2 hari 2 malam akak bersilat di dapur.. Satu hari yang pertama akak siapkan semua kek..biol jugak la kepala, Tapi alhamdulillah berkat pertolongan Allah hanya 2 biji kek yang hangus..itupun sebab akak lupa tukar api atas kepada api atas bawah..heh heh.. Berenti kejap je untuk rehatkan mixer dan oven lepas asar.. lepas tu sambung balik.. Mujur la encik hubby bermurah hati belikan sebuah lagi oven dan mixer jadi cepat la kerjanya, sekali bakar 3 biji kek.. Anak-anak pun turut membantu.. si kakak tolong  mix kan bahan-bahan, angah pulak tukang jaga adik-adik..
     Pada hari yang kedua, bermula selepas maghrib akak mula melayer dan meletakkan topping kek..Ingatkan proses ni cepat tapi rupanya lagi lama daripada membuat kek.. Encik hubby menolong memarut cheddar cheese, kakak meletakkan tag happy birthday pada kek yang akak dah deko..deko simple-simple je.. Si angah tolong tido sebab adik-adiknya dah tido.. kureng asem betoi..
Jadilah penunggu dapur kami 3 beranak..Jam menunjukkan tepat jam 5 pagi, masih ada 10 kek yang belum siap dilayer, ditopping dan dideko.. Mula rasa nak nanges..nyesal betul terima order nih..tapi encik hubby beri kata-kata semangat..sikit je lagi ni..kita buat sama-sama katanya..nasib baik ada penyokong, kalau tidak akak dah masuk tido.. Ngantuk ooo...
     Kami bergilir-gilir solat Subuh..dan meneruskan kerja yang belum selesai..Janji dengan Cikgu Jai untuk hantar kek sebelum pukul 7.30 pagi sebab majlis bermula pada jam 8 pagi.. Setelah berhempas pulas, akhirnya SIAP JUGAK..Alhamdulillah..syukur.. Tepat jam7.30 pagi kek dihantar ke sekolah.. Dan alhamdulillah jugak..bertambahlah rezeki untuk bulan ini..


                                   Kek yang menunggu untuk diletakkan topping dan dideko..

     Tak sempat pulak nak ambik gambo masa tengah mendeko, maklumlah tengah stress, fikir nak siapkan cepat je.. Yang sempat ambik gambo masa hantar kek tapi dah masuk dalam kotak ler..


     Sebahagian kek yang telah ditempatkan di bilik mesyuarat SMKBS




        Sebahagian lagi masih kat dalam kereta, tunggu turn nak diangkut..


Macam ni ler lebih kurang rupa kek kat dalam kotak tu.. Simple deko jer,..Boleh la kannn....

      Apapun ia menjadi satu pengalaman berharga dan berguna kepada akak..Selain itu akak dapat mixer dan oven baru hadiah daripada encik hubby..tq..Nanti mama belanja abah makan yer..
Balik je ke rumah kami 3 beranak qada' TIDO....

Wednesday, 17 September 2014

MEROTI LA PULOKK...

     Roti merupakan makanan asasi dalam rumah ni. Setiap hari bekalan roti memang tak pernah putus. Tak de nasik tak pe tapi tak boleh kalau tak de roti.. Akak pernah menghadiri kursus membuat roti beberapa bulan lepas dan pernah cuba resipi yang diajar oleh tenaga pengajar kursus tu..alhamdulillah hasilnya digemari oleh kami sekeluarga.. Dah beberapa kali akak buat roti menggunakan resipi ni.. Kat sini akak share resipinya ya.. Sori tak ada gambo step by step sebab x de orang nak tolong ambik gambo..kua kua...

ROTI SOSEJ
 Bahan-bahannya:-
400 gm tepung high protein
11 gm yis  (1 peket - akak letak 1 peket setengah sebab nak bagi roti cepat kembang - maleh den nak nunggu lamo-lamo)
6 gm garam halus
80 gm gula kastor
6 gm bread improver
16 gm susu tepung
195 gm susu penuh krim
50 gm telur  - susu + telur mesti bersamaan 250 gm timbangannya, timbang telur dulu, baru timbang susu. Faham kan?
150 gm mentega
20 batang sosej (apa-apa jenama asalkan halal)
1 biji telur ( untuk disapu atas roti - dikacau sikit supaya bercampur putih dan kuningnya)
bijan secukupnya

Cara:-
1. Campur semua bahan  kecuali mentega dalam mangkuk.
2. Gunakan hook dan pukul dengan kelajuan paling rendah sehingga menjadi doh. Jangan lama
    sangat pukul, cukup jika adunan telah bercampur rata.
3. Masukkan mentega dan pukul dengan kelajuan sederhana selama lebih kurang 20 minit atau
    hingga doh tidak melekat pada jari.
4. Timbang doh dalam anggaran 40gm. Bentukkan doh menjadi bulat  atas dulang yang sudah dialas
   dengan silikon paper.
5. Rehatkan doh dalam peti ais selama 10 minit. Jangan letak kat tempat beku pulak ye,.
6. Selepas 10 minit keluarkan doh dari peti ais dan golek-golekkan doh tapi biar bentuknya maintain
    bulat tau..
7. Biarkan ia selama lebih kurang 45 minit.
8. Bentukkan doh dengan cara melilit doh di sekeliling sosej.  Kemudian sapukan telur pada roti yang      telah dibentuk. Tabur bijan. Buat hingga habis kesemua doh.
9. Tutup doh dengan dulang besar. Kemudian letakkan bekas atau loyang berisi air panas di bawah
    dulang yang berisi doh. Proses ini adalah untuk mempercepatkan doh mengembang.
10. Setelah ia mengembang dua kali ganda daripada saiz asalnya maka ia telah sedia untuk dibakar.
     Jangan terlebih kembang nanti bentuknya tidak cantik..
11. Seperti biasa panaskan oven dulu 10 minit pada suhu 180 darjah sebelum membakar roti.
12. Bakar lebih kurang 10-12 minit atau hingga ia berwarna keperangan.



 Ni le rupanya roti yang dah dibakar...kita bako kita bako... Tapi tak letak bijan sebab anak-anak tak suka


Ni pulak roti sosej bersos dan mayonis. Asas membuatnya sama je. Cara membentuknya senang jer.. Bungkus sosej dalam doh. Potong kepada beberapa bahagian tapi jangan sampai putus. Kemudian tolak potongan tu ke kiri, kemudian ke kanan, kiri, kanan, kiri, kanan sampai dia menjadi macam dalam gambo.. Lepas bako boleh letak sos dan mayonis.. Anak-anak confirm suka punya... tak caya cubalah...

SELAMAT MEROTI...

Tuesday, 16 September 2014

CHOCOLATE CHIPS ALA FAMOUS AMOS

     Huk alo..sedapnya semekut nih.. Makan tujuh lapan keping pun tak cukup..sampai tersendawa..alhamdulillah.. Mula-mula akak buat biskut ni atas permintaan anak-anak yang teringin nak makan choc chips.. Lepas tu, bagi kat kawan-kawan rasa..dan sudahnya dapat tempahan pulak. Tima kasih la kawan-kawan atas sokongan yang tak putus-putus.. Cayang kaorang suma..
Sekarang kita layan resipi yang best nih.. Mintak maaf tuan punya resipi yer, lupa plk dari blog mana so tak dapat la nak kreditkan namanya.. Anyway, tima kacih bebanyak.. Layannn...

CHOC CHIPS BADAM
Bahan-bahan:-

Bahan A
1/2 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak jagung
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh baking soda
1 cawan choc chips
1 cawan kepingan badam (dipanggang terlebih dahulu pada suhu 130 darjah selama 10 minit)

CARA:-
1. Ayak bahan B kecuali choc chips dan badam. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk yang agak besar. Kacau dengan whisker hingga sebati.
3. Masuk bahan ayak sedikit demi sedikit. Kacau dengan spatula.
4. Masuk badam dan choc chips. Gaul sebati.
5. Adunan agak lembik. Sudukan dengan sudu atau bentukkan dengan tangan. Jangan terlalu besar
     sebab ia akan mengembang bila dibakar.
6. Letak dalam adunan yang telah dialas. Tak perlu gris loyang.
7. Bakar pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 22 minit. Angkat dan sejukkan sebelum
    dimasukkan ke dalam bekas..










Monday, 8 September 2014

Lama Tak Online

Lama juga akak tak menjengah ke blog nih.. Kesibukan tugasan harian membuatkan rutin berblog terpaksa dilupakan buat sementara waktu..  Kali inipun tak boleh online lama-lama... just to say hai jer.. Hai semua...semoga dikurniakan kehidupan yang ceria dan bahagia.. Sajer nak share gambo tempahan minggu lepas...



KEK COKLAT LEMBAB DENGAN CREAMCHEESE DAN 
CHOC GANACHE 1.6 KG




RED VELVET CHEESE MELELEH 1.3KG



RED VELVET WITH CREAM CHEESE FROSTING 2.5KG

Terima kasih semua atas tempahan dan sokongan.. luv u muah muah...

Wednesday, 26 March 2014

CHEEZY MARIE LAYER

          Assalamualaikum....
          Apa resipi paling meletop sekarang nih? Of course ler cheezy marie layer.. kat mana2 pun ada jer orang yang menjual cheezy layer ni... ekceli, nak membuatnya senang banget.. tak perlu baking2 bagai... akak pun dah buat kuih  ni beberapa kali...sodap... tak caya cuba la...


                                              Saiz mini

                                              Saiz 8'
 
          Enak dimakan semasa sejuk... Resipinyer akak share lain kali ye... ( ni kes malas nak menaip ler ni... hi hi..)
                               

Monday, 24 March 2014

KEK CAWAN COMEL

       
           Aktiviti beberapa hari ni dipenuhi dengan kerja-kerja menyiapkan kek cawan tempahan pengantin untuk door gift tetamu.. Kebetulan pulak, sama je jenis dan corak kek cawan yang ditempah oleh pengantin- pengantin kita ni.. Ni dia kek cawan comel pilihan pengantin..


          Masing-masing inginkan kek cawan yang sedap tapi simple dekonya.. Paling penting, sesuai dengan bajet.. Ye laa.. dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik ni mesti ler berjimat cermat, ye tak?  Harga kek cawan ni, siap dengan simple deko macam ni akak charge Rm1 je setiap satu. Kalau tempah dengan kotak harganya cuma RM1.50.. Berbaloi-baloi kannn.. Terdapat dalam 4 perisa- coklat moist, pandan, oren dan strawberi. Kotaknya boleh pilih warna dan corak mengikut tema majlis..So apa lagi, kalau berminat, boleh la tempah sekaraanggg... Hi hi hi... iklan percuma la pulak...


Tuesday, 18 March 2014

ARJUNA BETA

          Dah lama rasanya akak tidak mengikuti perkembangan muzik dan lagu terkini...Maklum la bukannya muda lagi..tambahan pulak setiap waktu dihambat kesibukan bekerja dan membaking..membaking la sangat kan... Sehinggalah suatu hari sewaktu sedang drive ke hospital untuk menjaga anak yang sakit, akak terdengar lagu ni... Kata deejay yang bertugas tajuknya Arjuna Beta..   Situasi pada masa tu memang kena sangat dengan lirik lagu ni.. Tambah sentap akak jadinya.. Buat bonda-bonda yang mengalami situasi yang sama dengan akak, tabahlah..

ARJUNA BETA
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal @ Lirikami


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz2wJxvNE8T

CARA MUDAH 'TOPPING' KEK COKLAT

Salam sejahtera semua....
          Walaupun akak ni bukan le pandai sangat "menopping"( x jumpa istilah yang paling sesuai untuk perkataan nih...sori cikgu Bahasa Melayu, jangan mare...) kek coklat tapi boleh la akak share cara yang selalu akak buat..
          Pertama sekali mesti buat coklat ganache dulu.. mintak mahap.. gambo x sempat ambik.. Bahan-bahan untuk membuat coklat ganache :-
300 gm dark coklat (coklat converter pun blh)
300 ml whipping cream
1 sudu teh butter
- Cairkan coklat secara double boiled
-Masukkan whipping cream.
-Matikan api, masukkan butter. Kacau rata. Pastikan butter cair sepenuhnya dalam coklat.
-Sejukkan sekejap, jangan masukkan dalam peti ais.

          Kat bawah ni ada gambo cara-cara  meletakkan coklat ganache yang sempat akak snap :-


          bahagikan kek kepada dua bahagian.

 Letakkan coklat ganache pada satu bahagian. Ratakan.


 Bahagian yang telah siap diletak coklat


Letakkan satu bahagian lagi ke atas kek tadi


  Curahkan lebihan coklat ganache tadi meliputi keseleruhan kek. Masukkan dalam peti ais sebelum dihias. Kalau tak nak hias pun tak pe, tabur je coklat rice..Kek ni kalau dibiarkan sejuk semalaman lagi sedap..

           Ni sample kek yang pernah akak buat masa Hari Guru anak dulu.. Masih amatur..


          Ni pulak tempahan daripada seorang kawan.. Kek coklat dengan strawberry cream cheese..




SELAMAT MENCUBA....



Friday, 14 March 2014

KEPULANGAN YANG DITUNGGU... MH370..




          Pelbagai perasaan menerpa hati...sedih, simpati, hairan dan penuh teka teki apabila pertama kali mendengar berita tentang kehilangan pesawat Mas Mh370.. Sebak dan terharu tatkala setiap kali melihat wajah waris yang disiarkan di kaca tv. Mereka menanti kepulangan orang tersayang dengan penuh harapan, penuh rindu.. Penantian itu memang menyeksakan. Terlalu pedih untuk menerima realiti.. Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu berdoa agar pesawat dan para penumpang serta anak kapal malang itu akan kembali dengan selamat.. kembali ke pangkuan orang-orang yang menyayangi mereka...Jika di langit turunkanlah, jika di laut timbulkanlah, jika di bumi tunjukkanlah...Aminnn...


Tuesday, 4 March 2014

DEMAM DENGGI


          Hari ni masuk hari ketiga firhan dimasukkan ke hospital ..suspect demam denggi.. Kesian firhan..dari anak yg aktif, periang dan banyak cakap terus jadi lemah longlai tak bermaya..Rumah jadi sunyi tanpa firhan.. Cepat sembuh sayang anak mama..

           Akak share  maklumat mengenai penyakit  ni..semoga bermanfaat..

Demam Denggi

Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
  • Pejabat Kesihatan berhampiran.
  • Klinik Kesihatan berhampiran.
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.

Sunday, 16 February 2014

KEBAIKAN COKLAT

          Coklat merupakan makanan kegemaran semua tidak kira umur, jantina dan bangsa. Coklat sering kali dijadikan cenderahati yang istimewa pada hari-hari istimewa..atau boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Bagi mereka yang berdiet, coklat merupakan salah satu makanan yang perlu dijauhi..


FAKTA MENGENAI COKLAT YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU...


Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan.Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.


Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.


Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.



Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the U.S.A.

Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.
Sumber: Bowes and Church's Food Values of Portions Commonly Consumed, 14th Ed., 1985. The Latest Caffein Scorecard, HHS Publication No. (FDA 84-2184, 1984)

Sunday, 9 February 2014

RED VELVET CHEESE MELELEH


Assalamualaikum semua... Dah lama beno rasanya tak update blog nih.. sibuk bukan main lagi...ecece..mengalahkan menteri pulak ye.. Macam la ramai sangat orang nak bertamu kat blog akak ni.. tapi tak pe, misi berblog tetap diteruskan.. Terima kasih kat kengkawan yang sudi menjenguk blog ni..
Hari ni akak nak share resipi red velvet cheese meleleh yang tengah meletop letop sekarang nih. resipi ni dah banyak kali akak buat dan terbukti sedap sangat.. Dan ramai customer yang dah  tempah.. Cubalah resipi ni... Berbaloi-baloi...



Ini la rupa red velvet  cheese meleleh yang dah siap..abaikan rupanya yang tak berapa comey tuh..tapi rasanya insyaallah sedap banget..

RED VELVET CHEESE MELELEH
Bahan Kek
3oo gm tepung gandum *
2 camca teh serbuk koko *
2 camca teh baking powder *
1 camca teh soda bikarbonat *
1/2 sudu teh garam *
125 gm mentega
280 gm gula kastor
2 biji telur A
1 camca teh esen vanila
1 camca teh cuka makan
1 sudu besar pewarna merah  (bright red)
240 ml buttermilk
- kalau tak de buttermilk, buat cara ni: campurkan 240 ml susu segar atau susu cair dengan 1 sudu besar
  cuka makan. Biar sebati selama 10 minit sebelum guna.

Cara:-
1. Ayak bahan bertanda *. Ketepikan
2. Alas dan gris  2 buah loyang bersaiz 8.
3. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selama 10 minit.
4. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
5. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
6. Masukkan esen vanila, cuka dan pewarna. Pukul sebati.
7. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk dan diakhiri dengan tepung. Pukul sebati.
8. Bahagikan adunan sama banyak ke dalam 2 buah loyang.
9. Bakar 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah.
10. Apabila dah masak, sejukkan atas redai sebelum disapu cheese meleleh.

Bahan Cheese Meleleh
250 gm cream cheese
120 gm @ 3 sudu besar susu pekat
50 gm whipping cream
100 ml susu segar (akak masukkan sebab anak-anak suka cheese yang lebih cair)
1. Putar cream cheese hingga gebu dalam beberapa minit. Pastikan cream cheese dibiarkan terlebih dahulu
    pada suhu bilik sebelum putar. Kalau tidak ia akan berketul.
2. Masukkan susu pekat, whipping cream dan susu segar. Pukul sebati.
3. Sapukan cream tadi pada permukaan kek yang pertama. Sejukkan sebentar di dalam peti ais supaya
    cream tadi agak  pekat untuk memudahkan proses melapis kek. Jika tidak kek lapisan atas akan    
    bergerak2 @ senget.
4. Ambil sebiji lagi kek dan letakkan di atas kek yang telah disapu cream cheese. Sapukan cream cheese ke
    seluruh permukaan kek.

Bahan Cheese Parut
Cheddar cheese secukupnya
-  Parutkan cheddar cheese ke atas kek yang telah disapu cream cheese tadi.

 Tak susah untuk membuatnya kan?.. Okey selamat mencuba..







KHASIAT KEJU

 
KALAU disebut sahaja tentang keju, pasti ramai yang teringatkan iklan popular makanan itu yang pernah disiarkan di kaca televisyen suatu masa dulu. Antara dialog popular iklan itu tentunya, “Satu hari seorang pengembara membawa susu merentasi padang pasir. Dalam perjalanannya, dia mendapati susu itu telah bertukar menjadi keju.”
Walaupun iklan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit waktu siaran di kaca TV, namun yang pasti ia meninggalkan kesan besar kepada kebanyakan penonton terutamanya kanak-kanak.
Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita bagaimana keju dihasilkan, tetapi mesej iaitu keju berasal daripada susu yang cukup jelas memberitahu betapa makanan pejal itu adalah santapan cukup berkhasiat.
Berasal daripada susu menjadikan keju sumber penting membekalkan karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Walaupun selalunya bagi mereka yang berdiet, keju menjadi menu yang perlu dijauhi, namun dengan segala khasiat yang disediakan keju, pakar pemakanan mengakui keju boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sederhana.
Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.
Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.
“Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.
“Keju membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk anak-anak mereka,” kata Lellment.
Namun, katanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat yang disediakan keju sebenarnya jauh lebih tinggi daripada susu. Kandungan protein misal, 100 gram keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per 100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram (mg) tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan.



Beberapa hasil kajian mendapati keju dapat mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuat tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi pada keju sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies.
Malah, terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan, keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.
Keju mozzarella contohnya, mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding keju jenis lain. Ramai yang biasanya memilih mozzarella untuk menurunkan berat badan sedangkan keju jenis ini lebih baik untuk pembentukan otot.
Keju kotej pula agak lembik dan berwarna keputihan. Tetapi dengan pelbagai zat yang baik untuk ereksi tubuh, pakar pemakanan menyatakan keju kotej baik untuk meningkat hubungan suami isteri.
Keju chedar atau keju pejal mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi. Selain menguatkan tulang, dan menyediakan sumber vitamin, keju jenis ini disimpulkan baik untuk tenaga.
Lantaran khasiat dan keenakan itulah, walaupun keju sebenarnya berasal dari Timur Tengah, masyarakat Barat adalah antara yang paling tinggi menikmati keju.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rakyat Denmark, Greece dan Perancis adalah antara penggemar keju apabila secara purata setiap seorang penduduknya menikmati 28 kilogram, 25 kilogram dan 24 kilogram keju setahun.
Walaupun begitu, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan. Ini kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi. 
Dipetik daripada KOSMO, 19 Februari 2014

Wednesday, 8 January 2014

KARIKATUR OH KARIKATUR...

          Buntu juga kepala memikirkan hadiah apa yang patut diberikan kepada suami atau isteri, anak-anak, adik beradik,dan  kawan-kawan pada hari jadi atau sebagai hadiah perkahwinan atau  sebarang hari istimewa mereka...  Kriteria utama pemilihan hadiah ialah sesuatu yang istimewa, unik, bermakna dan sudah tentulah sesuai dengan kemampuan poket kita, betul tak?
          Satu hadiah yang menepati ciri-ciri di atas ialah karikatur atau dalam bahasa omputehnya caricature.. Kalau suka, boleh la tempah dengan akak.. Harganya sangat la berpatutan..hanya RM20 untuk saiz A4 hitam putih dan RM40  kalau warna, juga dalam saiz A4. Anda juga boleh menjemput caricaturist untuk memeriahkan majlis anda..Bayaran boleh dirunding..call@sms la akak kalau berminat.. 0172521059  atau emel alamenaq@gmail.com. Kat bawah ni ada beberapa sample karikatur untuk anda belek-belek....Jom layann...












Saturday, 4 January 2014

KEK PANDAN KEJU MELELEH @ LAVA CHEESE

          Satu Malaysia sekarang ni dilanda demam kek keju meleleh atau nama glamournya lava cheese. Pernah makan tak kek ni? sekali gigit je sedapnya sampai terpejam mata... Kali pertama akak merasa kek ni sewaktu berjalan-jalan sambil shopping baju sekolah anak-anak di Alpha Angle Wangsa Maju semasa cuti sekolah hari tu.. Harga bagi bekas kecik RM10 tapi kalau beli 3 bekas dapat harga RM25.. Mahal jugak.. Balik ke rumah akak pun  menggoogle resipi kek ni kat internet atas permintaan anak anak.. Setelah mengalter beberapa resipi akak dapat resipi kek ni yang sedap dan senang dibuat...Jom layan...

KEK PANDAN KEJU MELELEH @ PANDAN LAVA CHEESE
Bahan Kek:-
150 gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml air
80 ml minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh pandan paste
1 sudu teh pewarna hijau

Cara:-
1. Sediakan 2 buah loyang, gris dan alas. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170 darjah.
2. Satukan gula, tepung, ovalette,baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan       gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanila dan air. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau     hingga kek benar-benar ringan.
4. Masukkan minyak jagung, gaul dengan spatula hingga sebati.
5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170-175 selama 20             hingga 25 minit atau hingga kek masak. Apabila kek sudah masak cepat-cepat keluarkan dari oven dan         telangkupkan atas redai selama 5 minit untuk mengelakkan kek mengecut. Lapik kertas alas yang disapu       mentega di atas permukaan kek sebelum telangkupkan kek atas redai untuk mengelakkan permukaan kek     cedera. Biar sejuk sebelum menghias kek.

Krim:-
250 gm cream cheese - apa-apa jenama pun tak pe
1/3 tin susu pekat
80 ml whipping cream
2-3 sudu besar susu segar (optional - akak letak sebab anak2 suka krim yang agak cair sikit)

1. Putar cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan susu pekat daan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan whipping cream dan susu segar hingga mencapai kadar kepekatan yang dikehendaki.

Topping:-
Keju cheddar secukupnya

Cara Menghias Kek:-
1. Ambil kek daripada loyang yang pertama, sapukan krim.
2. Kemudian letakkan kek yang kedua di atas kek yang telah disapu krim tadi. Sapukan lebihan krim                 menutupi keseluruhan kek. Parut halus keju cheddar ke atas kek. Sejukkan di dalam peti ais sebelum           dipotong.

Semalam ada beberapa orang kawan menempah kek  cheese meleleh ni tapi dalam saiz mini.. Akak sharekan gambonye..

                                         
Pandan Cheese Meleleh


  Coklat Moist Cheese Meleleh                

 Red Velvet Cheese Meleleh



Nak order pun boleh..satu bekas RM2.50 je..