ROTI SOSEJ
Bahan-bahannya:-
400 gm tepung high protein
11 gm yis (1 peket - akak letak 1 peket setengah sebab nak bagi roti cepat kembang - maleh den nak nunggu lamo-lamo)
6 gm garam halus
80 gm gula kastor
6 gm bread improver
16 gm susu tepung
195 gm susu penuh krim
50 gm telur - susu + telur mesti bersamaan 250 gm timbangannya, timbang telur dulu, baru timbang susu. Faham kan?
150 gm mentega
20 batang sosej (apa-apa jenama asalkan halal)
1 biji telur ( untuk disapu atas roti - dikacau sikit supaya bercampur putih dan kuningnya)
bijan secukupnya
Cara:-
1. Campur semua bahan kecuali mentega dalam mangkuk.
2. Gunakan hook dan pukul dengan kelajuan paling rendah sehingga menjadi doh. Jangan lama
sangat pukul, cukup jika adunan telah bercampur rata.
3. Masukkan mentega dan pukul dengan kelajuan sederhana selama lebih kurang 20 minit atau
hingga doh tidak melekat pada jari.
4. Timbang doh dalam anggaran 40gm. Bentukkan doh menjadi bulat atas dulang yang sudah dialas
dengan silikon paper.
5. Rehatkan doh dalam peti ais selama 10 minit. Jangan letak kat tempat beku pulak ye,.
6. Selepas 10 minit keluarkan doh dari peti ais dan golek-golekkan doh tapi biar bentuknya maintain
bulat tau..
7. Biarkan ia selama lebih kurang 45 minit.
8. Bentukkan doh dengan cara melilit doh di sekeliling sosej. Kemudian sapukan telur pada roti yang telah dibentuk. Tabur bijan. Buat hingga habis kesemua doh.
9. Tutup doh dengan dulang besar. Kemudian letakkan bekas atau loyang berisi air panas di bawah
dulang yang berisi doh. Proses ini adalah untuk mempercepatkan doh mengembang.
10. Setelah ia mengembang dua kali ganda daripada saiz asalnya maka ia telah sedia untuk dibakar.
Jangan terlebih kembang nanti bentuknya tidak cantik..
11. Seperti biasa panaskan oven dulu 10 minit pada suhu 180 darjah sebelum membakar roti.
12. Bakar lebih kurang 10-12 minit atau hingga ia berwarna keperangan.
Ni le rupanya roti yang dah dibakar...kita bako kita bako... Tapi tak letak bijan sebab anak-anak tak suka
Ni pulak roti sosej bersos dan mayonis. Asas membuatnya sama je. Cara membentuknya senang jer.. Bungkus sosej dalam doh. Potong kepada beberapa bahagian tapi jangan sampai putus. Kemudian tolak potongan tu ke kiri, kemudian ke kanan, kiri, kanan, kiri, kanan sampai dia menjadi macam dalam gambo.. Lepas bako boleh letak sos dan mayonis.. Anak-anak confirm suka punya... tak caya cubalah...
SELAMAT MEROTI...
No comments:
Post a Comment