Friday, 27 December 2013

KEK CAWAN COKLAT MOIST

          Bangun je pagi ni, telefon dah berdering..sayup sayup di hujung talian terdengar suara Kak Nun Ustazah.. Tolong buatkan akak cup cake coklat..hari ni birthday anak akak, petang nanti akak ambik..katanya.. Aiseh!.. Kak Nun,Kak Nun..petang nak pagi ni baru cakap.. Keje tengah banyak ni.. Tak pe lah, kawan punya pasal.. Untuk kawan akak ni, dia minta deko yang simple-simple je..Jom layan resipi ni..

KEK CAWAN COKLAT MOIST
Bahan2:-
2 cawan tepung gandum *
1 cawan serbuk koko *
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonat *
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan air panas

Cara:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selama 10 minit.
2. Ayak bahan bertanda *. Ketepikan.
3. Pukul gula dan telur hingga kembang. Gunakan high speed dalam 10 minit.
4. Masukkan susu pekat, pukul sekejap.
5. Masukkan minyak dan pukul guna low speed.
6. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
7. Masukkan air panas, kacau hingga rata dengan spatula atau senduk kayu.
8. Masukkan dalam paper cup hingga 3/4 penuh.
9. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15-20 minit atau sehingga kek masak.
10. Sejukkan kek. Kek cawan ini akan jadi moist selepas beberapa jam. Kalau suka boleh buat deko..               kalau tak suka boleh dimakan begitu saja..





Cuba jangan tak cuba..kalau dah cuba jangan lupa bagitau akak sedap ke tak..


Thursday, 26 December 2013

TEMPAHAN DOOR GIFT

          Budaya menghargai tetamu telah lama diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu malah ia telah tersebati dalam diri masyarakat dan telah diwarisi sejak turun temurun. Kehadiran tetamu amat dialu-alukan terutamanya ketika diadakan majlis-majlis seperti kenduri perkahwinan, pertunangan, doa selamat dan sebagainya...Hargailah tetamu anda dengan memberikan mereka buah tangan sebagai cenderahati  untuk dibawa pulang..
          Kami ALAM ENAQ  merupakan usahawan Bumiputera Islam menyediakan produk-produk yang boleh anda pilih untuk dihadiahkan kepada para tamu anda.. Rasanya insyaallah sedap dan harganya juga berpatutan. Sekiranya anda berminat, e-melkan kepada alamenaq@gmail.com atau hubungi 0172521059 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

PRODUK DAN SENARAI HARGA

1.KEK MARBLE PECAH LAPAN
   (RM2.20 kek sahaja/RM2.80 kek + kotak)
Perisa:-
-              -  Pelangi
-               -  Coklat
-               -  Strawberi
-                - Pandan

 2.BAHULU KEMBOJA/CERMAI 
    (RM1.60 bahulu sahaja/RM2.20 bahulu + kotak)
    -    Asli
-                     -    Pandan
-                    -     Capucino
-                    -      Oren
     
     3. KEK CAWAN
         (RM1 per pc tanpa deko@kotak/RM2.50 sekotak 2 pcs tanpa deko/RM1.80  per pc           dengan simple deko) -saiz M
        - chocolate moist
        - pandan
        - oren
        - vanila
        - red velvet

     4. COKLAT (Harga mengikut jenis dan kuantiti tempahan)
        - lolipop coklat
        - pelbagai bentuk dan rasa mengikut tempahan

     5. COOKIES (harga mengikut jenis dan kuantiti tempahan)
        - coklat cips badam
        - tart nenas
        - tart strawberry
        - tart blueberry

   *** Semua produk disediakan dalam kotak bercorak yang menarik mengikut warna tema           majlis anda. 
   

















                                                           










BLUEBERRY CHEESE CAKE

           YUMMY... kecur air liur nengok kek yang gebus, mulus dan sedap nih...Nak membuatnya pun senang..tak payah nak baking-baking..jimat elektrik..maklum la tarif elektrik pun bakal naik kan...belajo belajo la berjimat..ecece...nasihat la konon...
          Meh kita belek belek bahan-bahan untuk resipi ni..

Bahan-bahan untuk basenya:-
200 gm biskut oreo/tiger - dihancurkan
80 gm @ 3 sudu besar mentega

Lapisan cheese:-
200 gm whipping cream
250 gm cream cheese
130 gm gula kastor
15 gm gelatin halal
2 sudu besar jus lemon

Toppng:-
Jem blueberry

CARA:-
1.  Untuk base, cairkan mentega, gaul dengan biskut yang telah dihancurkan.
2.  Bila dah sebati masukkan dalam loyang spring foam atau sebarang loyang yang senang nak keluarkan kek      bila dah siap nanti. Tekan biskut supaya padat. Masukkan dalam peti ais selama 30 minit atau 5 minit jika      letak kat bahagian beku.
3.  Pukul whipping cream dengan mixer sampai betul-betul gebu.
4.  Masukkan gelatin ke dalam secawan air panas. Kacau sampai larut.
5.  Dalam bekas lain pukul cream cheese sampai berkrim. Masukkan gula dan jus lemon. Pukul sebati dan          gebu ( agak pekat sikit keadaannya)
6.  Masukkan gelatin yang telah dilarutkan. Gaul sebati.
7.  Campurkan whipping cream dan cream cheese tadi. Gaul dengan whisker.
8.  Ambil loyang  biskut yang disejukkan tadi, letakkan adunan whipping cream + cream cheese ke atas              biskut.
9.  Sejukkan 3 jam. Bila dah keras boleh la letakkan jem blueberry. Makan ketika sejuk, wallah!..sedap            hingga menggigit loyang..kui kui kui...




         

Wednesday, 25 December 2013

Nasi Goreng Ikan Tongkol

          Balik kampung time...yeyy..mengalahkan budak-budak pulak mak budak ni..Walaupun tak dapat nak bercuti lama kat kampung tapi tempoh 5 hari ni dah kira puas la jugak bercuti.. Oh kampungku yang permai, jauh dari kesibukan dan kebisingan kota.. Terasa rindu pulak kat ma, abah dan adik beradik kat kampung... Cuti Tahun baru Cina nanti kita jumpa lagi, insyaallah..
          Cerita pasal kampung ni, teringat pulak gulai ikan tongkol masakan ma..Sedap hingga menggigit tulang..tulang ikan la ye, bukan tulang sendiri..heh heh...Ikan tongkol ni memang femes kat negeri Pantai Timur khususnya negeri Kelate dan Teganu Kite.. Ramai kengkawan yang bertanya macam mana nak sedapkan rasa ikan tongkol sebab ikan ni macam tak ada rasa sangat kan.. Ni cara yang mak akak selalu buat.. ikan tongkol yang dah dipotong, dibersihkan dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan garam dalam beberapa sudu,gula melaka, agak-agak la berapa banyak jangan sampai jadi pengat pulak,  kalau tak de guna gula merah pun  boleh, 2-3 keping asam keping..berapa banyak punya keping daa.. dan 2 sudu cuka makan.. Masukkan air lebih kurang 1-2 cawan , tutupkan periuk dan rebus dengan api kecil hingga ikan masak.. Biarkan semalaman baru sedap dimasak dalam apa jua jenis masakan yang digemari.. Stok ikan tu jangan dibuang, masukkan ke dalam masakan untuk menyedapkan lagi rasanya..
          Kat sini akak share satu resipi yang menjadi feveret anak-anak..resipi yang simple tapi sedap, Nasi Goreng Ikan Tongkol.. Jom layan..

NASI GORENG IKAN TONGKOL ( hidangan untuk 4-5 orang )
 Bahan2:-
3 mangkuk  nasi
2  keping ikan tongkol yang telah direbus - dibuang tulang dan ditumbuk
1 sudu besar cili kisar ( boleh disesuaikan mengikut daya tahan  lidah masing2)
3 ulas bawang merah kecil - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 biji telur
sayur campur (ada jual kat pasar raya @ potong dadu karot)
kicap, garam secukup rasa
serbuk perasa ( kalau suka - akak tak letak)
minyak untuk menumis

Cara:-
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumiskan lagi hingga agak garing.
3. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk, kacau dan biarkan hingga agak garing juga.
4. Masukkan nasi, gaul rata.
5. Masukkan garam, kicap, perasa dan sayur campur. Kacau rata.
6. Masukkan telur dan gaul sebati. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.






Cuba jangan tak cuba...


Friday, 20 December 2013

AMERICAN CHOCOLATE CAKE

          Assalamualaikum... salam sejahtera, salam 1 Malaysia... macam nak baca berita daa... Sedang buat apa tu? Mesti la tengah online kan? takkan tengah tido pulak.. Nak share satu cerita, minggu lepas akak balik kampung suami kat Klang, akak dan anak-anak naik komuter dari Rawang, suami naik kereta sorang-sorang.. Saja nak memenuhi permintaan anak-anak untuk merasa naik  komuter.. Wah, bukan main happy dan teruja diorang dapat naik komuter..Akak pun dah lama tak naik komuter..seingat akak kali last naik komuter masa belajar kat UM dulu.. Kami turun di stesen Teluk Gadong, Klang..abahnya ambik kami kat situ.. Gitu la ceritanya, nak bagi naik kapal terbang tak mampu, bagi naik komuter je la..lagipun mana ada kapal terbang landing kat Klang kan... hi hi.. kapal kontena ada la..itupun kat Port Klang..
          Sampai kat rumah mak mertua, kami dihidangkan dengan kek coklat oleh adik ipar..Mabeles sekali rasanya..  Kata adik ipar akak, kek ni namanya American Chocolate Cake..Apa lagi, korek-korek la resipinya kan.. Balik je ke rumah akak pun try la buat kek ni.. alhamdulillah jadik... Lima hari lepas ada pulak customer yang order kek ni untuk dijadikan hantaran..Kat bawah ni akak share gambonya.. masih amatur lagi bab deko mendeko nih..tapi tuan empunya kek kata ok, kira ok la tu kan.. Semalam customer yang sama menempah sebiji lagi kek ni untuk dijadikan buah tangan ke rumah saudaranya.. Terima kasih daun keladi...




AMERICAN CHOCOLATE CAKE
(resipi asal : Mak Teh Jila)

Bahan-bahan kek:-
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 cawan mentega
3@4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1/3 sudu teh nescafe (boleh tambah kalau nak lebih rasa kopi)
1 cawan air panas

Cara:-
1. Bancuh nescafe dan serbuk koko dengan air panas. Biarkan sejuk.
2. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan. Gris dan alas loyang. Panaskan         oven pada     suhu 180 selama 10 minit.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang atau berkrim.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul rata.
5. Masukkan bahan ayak. Pukul sekejap.
6. Masukkan bancuhan nescafe dan serbuk koko. Kacau rata.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas.Kalau nak buat 2 layer bakar dalam
    loyang saiz 8, kalau nak 1 layer je, bakar dalam loyang saiz 9. Akak suka guna loyang saiz 9 sebab kek
    jadi  tak tebal sangat, nampak tak selekeh bila dah  potong  kalau dah letak coklat ganachenya..
8. Bakar pada suhu 170-180 darjah selama  35-40 minit atau sehingga kek masak.

Krim Coklat
Bahan:-
1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula (akak tambah sebab kalau ikut resipi asal krim coklat ni rasa pahit sikit)
1 cawan air panas
1/2 cawan tepung jagung
1/3 sudu teh nescafe
1 sudu teh mentega

1. Bancuh serbuk koko dan nescafe dengan air panas. Sejukkan.
2. Campurkan semua bahan lain bersama bancuhan nescafe dan serbuk koko tadi.
3. Masak secara double boil. Bila bancuhan dah sedikit pekat, angkat dan curahkan atas kek yang telah
    disejukkan. Masukkan dalam peti ais sebelum dipotong.

............SELAMAT MENCUBA.............







KEK CAWAN TETAMU

Selamat pengantin baru
selamat berbahagia
selamat ke anak cucu
selamat bahagia....

         Mendengar lagu ni teringat kenangan lama..Rasanya  masih baru lagi bergelar pengantin baru..rupa-rupanya dah jadi pengantin lama..Selamat pengantin baru kepada pasangan yang baru mendirikan masjid.. Kini bermulalah lembaran baru dalam satu lagi fasa kehidupan.. Semoga hari-hari yang mendatang bisa membuatkan anda lebih bahagia..
          Musim cuti sekolah ni ramai yang mengambil kesempatan untuk mendirikan rumahtangga...maklum la, pada musim cuti macam ni la adik beradik, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dapat berkumpul bersama meraikan hari bahagia buat pasangan mempelai.. Pada musim cuti ni  jugak la akak  tak menang tangan dengan tempahan yang diterima. Produk paling popular yang ditempah ialah kek cawan, kek marble pecah lapan, bahulu dan coklat. Alhamdulillah..rezeki Allah nak bagi.. Harap-harap semua customer gembira dan berpuas hati.. Ni akak share satu tempahan kek cawan untuk door gift tetamu.. 3 jenis kek cawan yang ditempah iaitu kek cawan pandan, oren dan coklat moist..Warna tema majlis purple & pink sebab tu kotaknya warna purple dan pink.. Dalam setiap kotak ada 2 biji kek cawan. Tak tido jugak la akak menyiapkan 800 kotak atau  lebih kurang 1600 biji kek cawan ni sebab tempahan dibuat 3 hari sebelum majlis. Jangan dibuat lagi keroje serupa itu..pengsan akak..
          Gambo pun tak sempat nak ambik yang cun-cun sikit, siap je kek ni, terus anto rumah pengantin..






          Anyway, terima kasih banyak-banyak kepada Dr.Khairul Azwadi dan pasangannya Cikgu Mimi atas kesudian menempah kek cawan ni.. Selamat Pengantin Baru...