Sunday, 24 November 2013

RAINBOW CAKE - SEINDAH PELANGI

          Bangun aje pagi ni, Si Angah mula bertanya tentang kek hari jadinya.. La..dah besar rupanya anak mama, dah 12 tahun dah..Rasa macam cepatnya masa berlalu..Pejam celik pejam celik dah 12 tahun berlalu selepas kelahiran angah.. Atas permintaan Angah, yang inginkan Rainbow Cake, mama pun cuba la membuatnya.. Alhamdulillah menjadi jgk kek ni walaupun pertama kali membuatnya.. Apa lagi gembira sakan Angah melihat kek hari jadinya.. Selamat hari ulang tahun Sayang Angah, semoga menjadi anak yang soleh , cemerlang dunia dan akhirat..



RAINBOW CAKE

Bahan-bahan kek:-
280 gm tepung superfine *
1 sudu teh double action baking powder *
300 gm mentega ( akak guna buttercup dlm tin)
200 gm gula kastor
5 biji telur gred A (cuci dulu tau, jgn lupa..)
20 ml susu segar/cair
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelette
1 sudu teh gliserin
pewarna - ungu, biru, hijau tua,oren,kuning,merah

Cara:-
1.  Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2.   Putar mentega dan gliserin hingga kembang dan gebu.
3.  Masukkan bahan ayak. Putar sekejap.
4.  Dalam bekas lain, putar telur, gula dan ovelette hingga kembang, gebu, berwarna putih dan likat pekat.
5.  Satukan bahan mentega dan adunan telur. Putar sebati tetapi jangan lama sangat untuk mengelakkan kek 
     drpd menjadi kering setelah masak.
6.  Masuk susu dan esen vanila. Gaul  rata.
7.  Bahagi adunan kepada 6 bahagian. Letak pewarna.
8.  Bakar setiap lapisan selama 15 minit pada suhu 170 darjah celsius. Guna loyang saiz 8, kalau loyang saiz      9 kena buat 1 1/2 adunan. Pastikan loyang dialas dan digris terlebih dahulu. Oven pun kena panaskan            dulu sebelum membakar kek.
9.  Sejukkan kek yg dh masak sebelum letak cream cheese.

Cream Cheese Frosting
370 gm Cream Cheese - suhu bilik
300 gm whipping cream - jenama Rich Gold
70 gm gula aising
1 sudu bsr jus lemon - ikut citarasa msg2, kalau nk letak lebih pun boleh..

- Putar cream cheese, gula dan jus lemon hingga lembut. Dalam bekas lain putar whipping cream hingga           kental. Satukan   cream cheese dan whipping cream yg telah diputar td. Gaul hingga sebati dan halus. 
- Ambil satu lapisan kek, letakkan cream cheese. Ratakan. Kemudian ambil satu lapisan lagi kek, ulangi           proses     yang sama hingga habis. Lepakan keseluruhan kek dengan cream cheese. Hias ikut kreativiti.
- Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong..







Monday, 18 November 2013

KEK COKLAT MOIST

          Cuti sekolah tiba lagi.. Yang paling seronoknya anak-anak.. macam-macam idea bagi kat mak ayah untuk mengisi musim cuti yang agak panjang ni..Anak-anak memang la seronok, yang tak berapa nak seronok mak dan ayah..poket x berapa nak tebal untuk memenuhi semua keinginan anak-anak.. Tapi apa salahnya kita peruntukkan sedikit masa dan modal untuk menggembirakan permata hati kita, kan?..
          Teringat pulak hari terakhir persekolahan minggu lepas, anak-anak minta dibuatkan kek coklat untuk dibawa ke sekolah..bagi kawan-kawan.. Ni le gambo kek tu.. Buat dua biji kek, sama deko.. masih amatur lagi dalam deko mendeko nih.. Gambo pun blur je sebab pakai handphone lama..



         Kat sini dikongsikan resipinya..
KEK COKLAT MOIST

Bahan Kek:

300gm tepung gandum *
100gm serbuk koko *
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh soda bikarbonat *
3 biji telur gred A
400gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
250ml susu cair/fresh milk
250ml minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis
250ml air panas


Cara:-
1.   Ayak bahan bertanda *. Ketepikan.
2.   Satukan telur, gula dan esen vanila. Pukul hingga putih.
3.   Masukkan minyak jagung, susu cair/fresh milk dan susu pekat manis. Pukul sebati.
4.   Masuk bahan ayak sedikit demi sedikit. Kaup balik dengan spatula.
5.   Tambah air panas. Gaul rata.
6.   Tuang dalam loyang saiz 8. Pastikan loyang digris dan dialas.Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu
      selama 10 minit pada suhu 170 darjah. Bakar kek selama 45 minit atau hingga masak. Kek ini juga
      sedap jika dikukus. Kukus selama 1 jam. Air hendaklah mendidih terlebih dahulu sebelum mengukus
      kek.

Coklat Ganache
200gm dark chocolate
200gm whipping cream
1sudu teh butter

Cairkan coklat, masukkan whipping cream dan butter. Biarkan sejuk dan curah atas kek.. Yang warna pink dalam gambo tu cream cheese lebihan topping red velvet..akak letak sebagai hiasan, tak nak membazir.. Sedap pulak rasanya..

..........Selamat mencuba...........