Assalamualaikum....
Apa resipi paling meletop sekarang nih? Of course ler cheezy marie layer.. kat mana2 pun ada jer orang yang menjual cheezy layer ni... ekceli, nak membuatnya senang banget.. tak perlu baking2 bagai... akak pun dah buat kuih ni beberapa kali...sodap... tak caya cuba la...
Saiz mini
Saiz 8'
Enak dimakan semasa sejuk... Resipinyer akak share lain kali ye... ( ni kes malas nak menaip ler ni... hi hi..)
Dalam hidup ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi.. Tempuhilah ia dengan jiwa yang tabah, hati yang kuat.. Percayalah, akan ada cahaya di hujung kelam... Hidup ini terlalu singkat...Jadilah hamba yang kamil kepada Sang Pencipta..
Wednesday, 26 March 2014
Monday, 24 March 2014
KEK CAWAN COMEL
Aktiviti beberapa hari ni dipenuhi dengan kerja-kerja menyiapkan kek cawan tempahan pengantin untuk door gift tetamu.. Kebetulan pulak, sama je jenis dan corak kek cawan yang ditempah oleh pengantin- pengantin kita ni.. Ni dia kek cawan comel pilihan pengantin..
Masing-masing inginkan kek cawan yang sedap tapi simple dekonya.. Paling penting, sesuai dengan bajet.. Ye laa.. dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik ni mesti ler berjimat cermat, ye tak? Harga kek cawan ni, siap dengan simple deko macam ni akak charge Rm1 je setiap satu. Kalau tempah dengan kotak harganya cuma RM1.50.. Berbaloi-baloi kannn.. Terdapat dalam 4 perisa- coklat moist, pandan, oren dan strawberi. Kotaknya boleh pilih warna dan corak mengikut tema majlis..So apa lagi, kalau berminat, boleh la tempah sekaraanggg... Hi hi hi... iklan percuma la pulak...
Tuesday, 18 March 2014
ARJUNA BETA
Dah lama rasanya akak tidak mengikuti perkembangan muzik dan lagu terkini...Maklum la bukannya muda lagi..tambahan pulak setiap waktu dihambat kesibukan bekerja dan membaking..membaking la sangat kan... Sehinggalah suatu hari sewaktu sedang drive ke hospital untuk menjaga anak yang sakit, akak terdengar lagu ni... Kata deejay yang bertugas tajuknya Arjuna Beta.. Situasi pada masa tu memang kena sangat dengan lirik lagu ni.. Tambah sentap akak jadinya.. Buat bonda-bonda yang mengalami situasi yang sama dengan akak, tabahlah..
ARJUNA BETA
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz2wJxvNE8T
ARJUNA BETA
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal @ Lirikami
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-arjuna-beta-fynn-jamal.html#ixzz2wJxvNE8T
CARA MUDAH 'TOPPING' KEK COKLAT
Salam sejahtera semua....
Walaupun akak ni bukan le pandai sangat "menopping"( x jumpa istilah yang paling sesuai untuk perkataan nih...sori cikgu Bahasa Melayu, jangan mare...) kek coklat tapi boleh la akak share cara yang selalu akak buat..
Pertama sekali mesti buat coklat ganache dulu.. mintak mahap.. gambo x sempat ambik.. Bahan-bahan untuk membuat coklat ganache :-
300 gm dark coklat (coklat converter pun blh)
300 ml whipping cream
1 sudu teh butter
- Cairkan coklat secara double boiled
-Masukkan whipping cream.
-Matikan api, masukkan butter. Kacau rata. Pastikan butter cair sepenuhnya dalam coklat.
-Sejukkan sekejap, jangan masukkan dalam peti ais.
Kat bawah ni ada gambo cara-cara meletakkan coklat ganache yang sempat akak snap :-
Curahkan lebihan coklat ganache tadi meliputi keseleruhan kek. Masukkan dalam peti ais sebelum dihias. Kalau tak nak hias pun tak pe, tabur je coklat rice..Kek ni kalau dibiarkan sejuk semalaman lagi sedap..
Ni sample kek yang pernah akak buat masa Hari Guru anak dulu.. Masih amatur..
Ni pulak tempahan daripada seorang kawan.. Kek coklat dengan strawberry cream cheese..
Walaupun akak ni bukan le pandai sangat "menopping"( x jumpa istilah yang paling sesuai untuk perkataan nih...sori cikgu Bahasa Melayu, jangan mare...) kek coklat tapi boleh la akak share cara yang selalu akak buat..
Pertama sekali mesti buat coklat ganache dulu.. mintak mahap.. gambo x sempat ambik.. Bahan-bahan untuk membuat coklat ganache :-
300 gm dark coklat (coklat converter pun blh)
300 ml whipping cream
1 sudu teh butter
- Cairkan coklat secara double boiled
-Masukkan whipping cream.
-Matikan api, masukkan butter. Kacau rata. Pastikan butter cair sepenuhnya dalam coklat.
-Sejukkan sekejap, jangan masukkan dalam peti ais.
Kat bawah ni ada gambo cara-cara meletakkan coklat ganache yang sempat akak snap :-
bahagikan kek kepada dua bahagian.
Letakkan coklat ganache pada satu bahagian. Ratakan.
Bahagian yang telah siap diletak coklat
Letakkan satu bahagian lagi ke atas kek tadi
Curahkan lebihan coklat ganache tadi meliputi keseleruhan kek. Masukkan dalam peti ais sebelum dihias. Kalau tak nak hias pun tak pe, tabur je coklat rice..Kek ni kalau dibiarkan sejuk semalaman lagi sedap..
Ni sample kek yang pernah akak buat masa Hari Guru anak dulu.. Masih amatur..
Ni pulak tempahan daripada seorang kawan.. Kek coklat dengan strawberry cream cheese..
SELAMAT MENCUBA....
Friday, 14 March 2014
KEPULANGAN YANG DITUNGGU... MH370..
Pelbagai perasaan menerpa hati...sedih, simpati, hairan dan penuh teka teki apabila pertama kali mendengar berita tentang kehilangan pesawat Mas Mh370.. Sebak dan terharu tatkala setiap kali melihat wajah waris yang disiarkan di kaca tv. Mereka menanti kepulangan orang tersayang dengan penuh harapan, penuh rindu.. Penantian itu memang menyeksakan. Terlalu pedih untuk menerima realiti.. Sebagai hamba-Nya, kita hanya mampu berdoa agar pesawat dan para penumpang serta anak kapal malang itu akan kembali dengan selamat.. kembali ke pangkuan orang-orang yang menyayangi mereka...Jika di langit turunkanlah, jika di laut timbulkanlah, jika di bumi tunjukkanlah...Aminnn...
Tuesday, 4 March 2014
DEMAM DENGGI
Hari ni masuk hari ketiga firhan dimasukkan ke hospital ..suspect demam denggi.. Kesian firhan..dari anak yg aktif, periang dan banyak cakap terus jadi lemah longlai tak bermaya..Rumah jadi sunyi tanpa firhan.. Cepat sembuh sayang anak mama..
Akak share maklumat mengenai penyakit ni..semoga bermanfaat..
Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
- Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
- Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
- Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
- Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
- Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Rawatan
- Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
- Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
- Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
- Mandi jerlum.
- Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
- Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
- Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
- Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
- Gunakan ubat nyamuk.
- Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
- Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
- Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
- Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
- Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
- Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
- Muntah berlarutan/berpanjangan.
- Sakit perut.
- Kurang bermaya/sawan.
- Sesak nafas.
- Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
- Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
- Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
- Pejabat Kesihatan berhampiran.
- Klinik Kesihatan berhampiran.
- Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888.
Subscribe to:
Posts (Atom)