Buntu juga kepala memikirkan hadiah apa yang patut diberikan kepada suami atau isteri, anak-anak, adik beradik,dan kawan-kawan pada hari jadi atau sebagai hadiah perkahwinan atau sebarang hari istimewa mereka... Kriteria utama pemilihan hadiah ialah sesuatu yang istimewa, unik, bermakna dan sudah tentulah sesuai dengan kemampuan poket kita, betul tak?
Satu hadiah yang menepati ciri-ciri di atas ialah karikatur atau dalam bahasa omputehnya caricature.. Kalau suka, boleh la tempah dengan akak.. Harganya sangat la berpatutan..hanya RM20 untuk saiz A4 hitam putih dan RM40 kalau warna, juga dalam saiz A4. Anda juga boleh menjemput caricaturist untuk memeriahkan majlis anda..Bayaran boleh dirunding..call@sms la akak kalau berminat.. 0172521059 atau emel alamenaq@gmail.com. Kat bawah ni ada beberapa sample karikatur untuk anda belek-belek....Jom layann...
Dalam hidup ini, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi.. Tempuhilah ia dengan jiwa yang tabah, hati yang kuat.. Percayalah, akan ada cahaya di hujung kelam... Hidup ini terlalu singkat...Jadilah hamba yang kamil kepada Sang Pencipta..
Wednesday, 8 January 2014
Saturday, 4 January 2014
KEK PANDAN KEJU MELELEH @ LAVA CHEESE
Satu Malaysia sekarang ni dilanda demam kek keju meleleh atau nama glamournya lava cheese. Pernah makan tak kek ni? sekali gigit je sedapnya sampai terpejam mata... Kali pertama akak merasa kek ni sewaktu berjalan-jalan sambil shopping baju sekolah anak-anak di Alpha Angle Wangsa Maju semasa cuti sekolah hari tu.. Harga bagi bekas kecik RM10 tapi kalau beli 3 bekas dapat harga RM25.. Mahal jugak.. Balik ke rumah akak pun menggoogle resipi kek ni kat internet atas permintaan anak anak.. Setelah mengalter beberapa resipi akak dapat resipi kek ni yang sedap dan senang dibuat...Jom layan...
KEK PANDAN KEJU MELELEH @ PANDAN LAVA CHEESE
Bahan Kek:-
150 gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml air
80 ml minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh pandan paste
1 sudu teh pewarna hijau
Cara:-
1. Sediakan 2 buah loyang, gris dan alas. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 170 darjah.
2. Satukan gula, tepung, ovalette,baking powder dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3. Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanila dan air. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau hingga kek benar-benar ringan.
4. Masukkan minyak jagung, gaul dengan spatula hingga sebati.
5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170-175 selama 20 hingga 25 minit atau hingga kek masak. Apabila kek sudah masak cepat-cepat keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai selama 5 minit untuk mengelakkan kek mengecut. Lapik kertas alas yang disapu mentega di atas permukaan kek sebelum telangkupkan kek atas redai untuk mengelakkan permukaan kek cedera. Biar sejuk sebelum menghias kek.
Krim:-
250 gm cream cheese - apa-apa jenama pun tak pe
1/3 tin susu pekat
80 ml whipping cream
2-3 sudu besar susu segar (optional - akak letak sebab anak2 suka krim yang agak cair sikit)
1. Putar cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan susu pekat daan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan whipping cream dan susu segar hingga mencapai kadar kepekatan yang dikehendaki.
Topping:-
Keju cheddar secukupnya
Cara Menghias Kek:-
1. Ambil kek daripada loyang yang pertama, sapukan krim.
2. Kemudian letakkan kek yang kedua di atas kek yang telah disapu krim tadi. Sapukan lebihan krim menutupi keseluruhan kek. Parut halus keju cheddar ke atas kek. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dipotong.
Semalam ada beberapa orang kawan menempah kek cheese meleleh ni tapi dalam saiz mini.. Akak sharekan gambonye..

Pandan Cheese Meleleh
Coklat Moist Cheese Meleleh
Red Velvet Cheese Meleleh
Nak order pun boleh..satu bekas RM2.50 je..
Subscribe to:
Posts (Atom)